• +606-2250383

    kppmb.mlk@gmail.com

  • No. 4-1, Jalan Komersial TAKH 3
    Taman Ayer Keroh Height
    75450 Ayer Keroh, Melaka

Siapa Kami?

Tentang Kami

 

Koperasi Pengusaha Pekerja Malaysia Berhad (KPPMB) (WP0276) telah sah menjadi anggota Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad pada 27 Januari 2015

KPPMB juga telah didaftarkan dibawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi asas dengan liabiliti terhad pada 20hb Jun 2006. KPPMB telah didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993 pada 13hb September 2018. Produk, perkhidmatan dan kemudahan kewangan yang ditawarkan oleh KPPMB adalah berlandaskan konsep Syariah KPPMB menawarkan pakej-pakej pembiayaan seperti Pembiayaan Biasa (Tawarruq) serta Pembiayaan Murabahah (Murabahah).

Misi Kami

Misi kami adalah untuk bekerjasama antara ahli kami. Dengan kerjasama, para ahli akan dapat mensinergikan tenaga mereka untuk tujuan bersama. Kebajikan, kebebasan kewangan dan tujuan bersama untuk mencapai kesejahteraan adalah kepercayaan kami.

  • Tawarruq

    Merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset berasaskan pembayaran tangguh secara Murabahah (iaitu harga kos aset ditambah dengan margin keuntungan) atau Musawamah (iaitu jual beli yang tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli, dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) bagi mendapatkan tunai. Ia juga dikenali sebagai Komoditi Murabahah. Kebiasaannya, konsep ini digunapakai dalam struktur produk deposit, pembiayaan, pengurusan aset dan tanggungan risiko.

  • Murabahah

    Merujuk kepada transaksi pembelian dan penjualan di mana harga kos aset dan margin keuntungan telah diketahui oleh pembeli dan dipersetujui oleh pihak yang berkontrak. Pembayaran harga jualan boleh dibuat secara penuh atau secara berperingkat.